Sunday, October 3, 2010

PENGGUNAAN ICT

Penggunaan ict pada zaman sekarang amat penting kepada manusia kerana segala maklumat ada di dalam ict. Ict merupakan satu bentuk maklumat yang paling moden pada masa sekarang. penggunaan komputer amat pentng dalam menjana idea dan kreativiti. Dalam konteks ini, kewujudan globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberilisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya.
sekiranya dalam profesion perguruan penggunaan ict amat penting kepada semua guru. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.

Penggunaan (ICT) di Malaysia amat penting untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang membangun. Penggunaan (ICT) di Malaysia akan memberi kelebihan kepada rakyat Malaysia kerana penggunaan (ICT) akan menjadikan mereka berpengetahuan lebih tinggi dari segala aspek segala. Penggunaan (ICT) juga akan memudahkan perhubungan dengan negara-negara yang lain.

No comments:

Post a Comment